Luahan Kapitalis Hina

1:43 AM

LUAHAN 'KAPITALIS' HINA

Aku dituduh kapitalis.


Ya, aku ada rumah untuk disewa. Aku menyediakan 'perkhidmatan' sewa rumah kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk yang selesa untuk dipanggil kediaman, walaupun sementara.

Ya, aku adalah pelabur hartanah. Aku selalu mencari pelaburan yang mempunyai nilai pelaburan tersendiri; investment grade property. Hartanah yang boleh ada kenaikan harga dalam masa 5 hingga 10 tahun, pada masa yang sama boleh disewakan untuk 'cover' bayaran pinjaman bank.



Kereta ku hanyalah Proton Exora. Semua standard. Nak beli sport rim baru pun tak mampu.
Tapi penyewa rumah ku memandu kereta import. Toyota Wish tahun 2012. Penyewa lagi seorang memandu Proton Wira. Wira yang ber-sport rim baru dan ber-ekzos besar. Boleh muat lengan ku yang sado ini. Berapa Ringgit gamaknya kos eksesori keratanya.

Handset aku hanyalah jenama Cina, Huawei. Setahun pakai, dengan skrin yang dah pecah. Harga pun hanya RM 700. Tetapi penyewa rumah ku menggunakan Samsung Galaxy Edge terbaru. Harga mencecah RM 3000.

Gambar dari Android Authority
Hidup ku simple. Aku lebih gemar meminum kopi O panas berharga RM 1. Kalau di Ipoh, boleh le dapat. Jarang sekali aku ke Starbucks untuk minum kopi yang mahal. Kalau ada orang belanja, baru on. Baju kemeja untuk ke tempat kerja hanya ku beli setahun sekali; apabila kilang baju berdekatan dengan rumah aku membuat clearance. Kalau suka - suka nak beli, memang aku malas.

Rakan-rakan aku yang dikatakan KAPITALIS hartanah pun sama. Exora ku rasanya yang paling power. Yang lain hanya bawa Kancil atau Myvi. Tiada Mercedes. Tiada BMW. Kami lepak sembang mengenai hartanah pun di kedai masakan Thai. Tiada duduk lepak di hotel untuk sembang mengenai kewangan.

Ada juga rakan - rakan yang mempunyai pengalaman menyewakan rumah kepada yang kononnya sebangsa dan seagama. Konon nya nak tolong sesama kita. Akhirnya, sewa tak bayar dan lari dari rumah di tengah malam. Kalau lari begitu sahaja takpe, ini lari membawa kipas, lampu dan segala perabot yang ada.

Aku tak tau di mana kapitalis dalam diri ku ini.
Aku tak beli rumah hari ini dan terus nak untung atas angin dengan menjualnya dengan harga melonjak di hari esoknya.
Aku tak beli rumah untuk aku berjoli, tetapi untuk memastikan masa depan anak - anak aku terjamin. Rasanya bantuan MARA, biasiswa kerajaan dan pencen akan ada bila - bila?
Adakah aku pulun segala rumah yang ada tanpa ada satu pun untuk orang lain beli. Tengok lah data hartanah terkini. Berapa banyak jumlah hartanah di seluruh negara yang tak terjual. Pergi la tengok sendiri.

Nilai lah sendiri.
Aturlah masa depan sendiri.
Jangan satu hari nanti kita hanya menuding jari kepada kaum dan agama lain atas kegagalan sendiri untuk mengukuhkan ekonomi sendiri.

AKU PELABUR HARTANAH

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Follow Me on Facebook