Strategi Pelaburan Untuk Penjawat Awam

12:44 AM

PINJAMAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM.

Salah satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memudahkan penjawat awam memiliki rumah sendiri. Antara tarikan utama pinjaman perumahan ini adalah:

1. Pemberian pinjaman (loan to value) 100% dari nilai hartanah (mengikut kelayakan).
2. Kadar keuntungan 4% (lebih murah dari pinjaman bank).

Walaubagaimanapun, saya dapati ramai dari kenalan saya yang tersilap langkah dan strategi ketika mengguna pakai kemudahan ini. Strategi yang saya maksudkan adalah strategi PELABUR dan bukan strategi untuk DUDUK SENDIRI. Antara kesilapan yang saya dapat perhatikan adalah;

1. Menggunakan 'joint loan' supaya dapat membeli rumah yang mahal dan besar tanpa mengira kemampuan pembayaran terlebih dahulu.

Contoh:
Suami & isteri masing - masing layak mendapat pinjaman sebanyak RM 200,000. Mereka membuat 'joint loan' dan membeli rumah yang berharga RM 400,000 untuk duduk sendiri. Bayaran bulanan hampir RM 2,000 sebulan.

 Kelayakan Pinjaman LPPSA

2. Rumah pertama dibeli dengan menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Sektor Awam.

3. Menambah segala kos renovasi rumah (yang berlebihan) sehingga capai tahap maksima pinjaman.

PERINGATAN: Saya hanya memberi pandangan saya dari sudut pelabur. Setiap individu mempunyai kehendak dan cara masing - masing.

_________________________________________________________



STRATEGY UNTUK PENJAWAT AWAM

Menurut garis panduan Bank Negara Malaysia setiap individu layak mendapat pinjaman 90% (dari harga rumah) sebanyak dua kali. Manakala rumah yang ketiga dan keatas, kelayakan pinjaman hanya 70%. Ini adalah rough guide sahaja. Pihak bank akan memberikan kata putus berapa banyak yang boleh dipinjamkan berdasarkan kemampuan individu dan credit rating individu tersebut.

Contoh:

Rumah pertama berharga RM 300,000.
Bank akan memberi pinjaman sebanyak RM 270,000 sahaja. Manakala lagi RM 30,000 perlu ditanggung pembeli.

Rumah kedua berharga RM 300,000.
Pembiayaan seperti rumah pertama.

Rumah ketiga berharga RM 300,000.
Bank hanya memberi pinjaman sebanyak RM 210,000. Pembeli perlu menyediakan RM 90,000 untuk membeli rumah tersebut.

Jadi, untuk suami isteri, anda boleh peroleh EMPAT buah rumah dengan KOS MINIMA. Kenapa EMPAT?

Suami layak mendapat DUA buah rumah dengan pinjaman 90% (hanya 10% deposit).
Isteri layak mendapat DUA buah rumah dengan pinjaman 90% juga.

JANGAN BUAT JOINT LOAN. Kerana quota untuk pinjaman 90% akan hanya tinggal TIGA.

Cadangan saya kepada suami isteri yang bekerja dalam sektor awam adalah untuk menggunakan EMPAT quota pinjaman perumahan pertama untuk membeli rumah kediaman INVESTMENT GRADE.

Investment Grade: rumah yang boleh disewakan dengan POSITIVE CASHFLOW dan ada CAPITAL APPRECIATION.

Rumah kelima dan keenam pula, boleh gunakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam. Instead of mendapat pinjaman hanya 70% daripada nilai rumah, anda boleh beli rumah tersebut dengan pinjaman 100%. Tak perlu keluar duit dengan banyak (minimal money down).

Contoh:

Rumah pertama dan kedua atas nama suami: pinjaman 90%.
Rumah ketiga dan keempat atas nama isteri: pinjaman 90%.
Rumah kelima atas nama suami: pinjaman 100%.
Rumah keenam atas nama isteri: pinjaman 100%.

MINIMAL MONEY DOWN.

Ini hanyalah cadangan sahaja. Tak perlu kecam saya jika tak setuju.

Walaubagaimanapun, sebelum memulakan apa - apa pelaburan, pastikan personal finances terkawal. Cover up segala kebocoran kewangan. Lihat kembali ke mana duit pergi. Jika masih mindset untuk membeli kereta mahal dan bergaya sana sini, jangan mulakan lagi. Nasihat ini bukan untuk anda.



Beli ikut kemampuan sendiri. Jangan terikut - ikut nak beli rumah idaman banglo dengan swimming pool dan padang bola. Ukur baju di badan sendiri.

You Might Also Like

3 comments

  1. Halo, saya Mrs Nelly mulia, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang menawarkan pinjaman pada tingkat bunga hanya 2%. kami menawarkan, pinjaman pribadi, kredit mobil, modal usaha, pinjaman pribadi dll untuk individu dan perusahaan yang dalam kesulitan keuangan di bawah persyaratan pinjaman yang jelas dan dan dimengerti. hubungi kami hari ini melalui email sehingga kami dapat memberikan persyaratan pinjaman dan kondisi: (nellyperious@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. More than 50 lending institutions are members of these associations. They are among the most knowledgeable mortgage brokers near me in the market since they have dealt with a broad range of clients from all walks of life for many years. Mortgage Intelligence recommends that you start your search on their website for the best possible mortgage rate on your new home purchase.

    ReplyDelete

Popular Posts

Follow Me on Facebook